RILEK

saat aku
di hambat
tekanan malam
peperiksaan

aku cuma
mahu berbaring
senang hati

sambil tangan
di belakang kepala
lihat betapa
indahnya bintang
dan kunang malam

sambil nikmati
angin malam lembut
dari seluruh
pelusuk alam