LARI

boleh aku hilang dari
mata kau untuk seketika?
dan saat kehilangan aku itu;
cuba kau lihat dan perhati,
(dengan lebih teliti)
segala kehebatan
yang ada pada diri kau,
(yang langsung tidak ada pada aku)
seterusnya perlahan lahan,
(setelah kau sedar)
kau hentikanlah semua,
segala keindahan keindahan
yang bakal terjadi,
sebelum aku jatuh lebih teruk lagi,
kalah dan seterusnya
mengangkat bendera putih;
tewas dalam perang hati
yang baru sahaja
hendak bermula, ini.